Sunday, April 6, 2014

10 Soalan Lazim Mengenai ESP Shaklee





ESP merupakan salah satu produk Shaklee yang tersangat laris. Mari kita tengok persoalan yang sering diajukan oleh pelanggan kepada kami.


1. Apa itu ESP dan apa rasa ESP?
ESP berperasa Vanila, tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna mahupun pengawet. Ia adalah protein soya non GMO yang berkualiti tinggi dalam bentuk serbuk.



2. Bagaimana cara minum ESP?
Bancuh 1 sudu ESP 2-3kali sehari dengan 1 gelas air suam atau sejuk (JANGANguna air panas). Boleh dibancuh begitu sahaja atau dicampur dalam minuman kegemaran anda. Digalakkan menggunakan shaker agar dapat bersebati dengan sempurna.


3. Apa fungsi utama ESP?
ESP membantu menyihatkan sel. Jadi bila sel kita sihat macam-macam kebaikan yang kita perolehi contohnya badan yang sihat, kulit yang cantik, badan yang cergas dan bertenaga...etc..



4. Apa lagi boleh dibuat dengan ESP?
ESP boleh dibuat masker dengan mencampurkan ESP Shaklee dengan yogurt atau vitamin E.



5. Ada pantang-larang tak?
ESP tidak boleh diambil bersama minuman berkafein dan teh, sila jarakkan masa pengambilan antara keduanya.



6. Satu Canister 850gm tahan berapa lama?
Kebiasaannya tahan 1-2 bulan.


7. Adakah ESP boleh diambil oleh kanak-kanak?
ESP sangat sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak yang sempurna.


8. Adakah ESP boleh diambil oleh orang tua, ibu hamil, ibu menyusu?
ESP boleh diambil oleh semua peringkat umur kecuali bayi di bawah 12 bulan.


9. Bolehkah pesakit gastrik meminum ESP?
ESP merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya yang merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung didalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan. 



10) Mana yang lebih bagus untuk susu ibu, adakah ESP atau alfalfa?
Keduanya bagus untuk ibu. ESP mengandungi protein yang membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Walaubagaimanapun perlu diingat kuantiti susu ibu bergantung kepada demand. Lagi tinggi demand lagi tinggi supply. ESP dan alfalfa membantu ibu-ibu mendapat nutrisi yang juga diperlukan ibu menyusu.

No comments:

Post a Comment