TIPS
SIMPAN SUSU IBU
Susu yang
telah diperah perlu disimpan dengan baik di tempat yang selamat. Ibu-ibu yang
menyusukan bayi perlu mengetahui cara terbaik menyimpan susu untuk si manja.
1. Susu ibu
segar seharusnya disimpan pada suhu bilik. Bagi suhu bilik di antara 27°C ke
32°C, jangka waktu 3 – 4 jam adalah had munasabah untuk menyimpan susu ibu
perahan.
2. Susu ibu
selamat pada suhu 15°C untuk tempoh 24 jam berdasarkan kepada perkembangan
minimum bakteria yang terkandung di dalam sampel kajiannya. Walau bagaimanapun,
terdapat pek ais yang digunakan mampu menyimpan susu ibu pada suhu seperti di
dalam peti ais iaitu 4°C. Oleh itu pastikan pek ais yang digunakan berkualiti.
3. Kajian
pemerahan susu ibu dengan sedikit pencemaran ketika pengepaman menunjukkan
perkembangan bakteria adalah pada paras rendah dalam tempoh 72 jam. Malah, ia
masih selamat selepas 4 – 8 hari didinginkan.
4. Membeku
sus ibu perahan (-4°C hingga -20°C) adalah selamat untuk sekurang-kurangnya
tiga bulan. Vitamin A, E dan B, jumlah protein, lemak, enzim, laktosa, zink,
immunoglobin, lysozyme dan laktoferin biasanya kekal apabila dibekukan. Susu
ibu beku perlu disimpan di bahagian belakang peti sejuk beku untuk mengelakkan
pemanasan semula akibat kekerapan membuka dan menutup peti sejuk. Jadi, semua
bekas penyimpan susu ibu perlu ditutup rapat untuk mengelakkan pencemaran.
5. Selepas
bekas penyimpanan diisi dengan susu ibu, sedikit ruang perlu ada di bahagian
atas bekas penyimpan untuk membenarkan ia mengembang ketika dibekukan. Semua
bekas penyimpan susu ibu perlu dilabel dengan tarikh susu dipam. Nama anak
perlu dilabel terutama jika anda membekalkan kepada pengasuh yang perlu memberi
susu ibu perahan kepada ramai bayi lain. Biasanya bayi memerlukan 60 – 120ml
setiap sesi penyusuan ketika berada di rumah pengasuh. Jadi, simpan susu ibu
dalam stok 60 – 120ml setiap satu adalah cara mudah untuk mengelakkan
pembaziran.
6. Elakkan
menambah susu ibu yang masih suam ke dalam susu yang telah dibeku. Ini bagi
mengelakkan pemanasan semula susu yang telah dibekukan. Adalah lebih baik jika
anda menyejukkan terlebih dahulu susu ibu yang baharu dipam sebelum dicampur
bersama stok sedia ada.
7. Susu ibu yang disimpan mungkin berubah bau dan rasa asalnya kerana
aktiviti lipase (proses pemisahan lemak yang membantu proses penghadaman bayi
terutamanya bayi pramatang). Ia tidak mendatangkan mudarat walaupun ada
sesetengah bayi mungkin menolak susu berkenaan.